Site icon TechNave BM

Touch ‘n Go perkenal TnG Shop – Platform e-dagang rasmi tawar produk unik dalam talian

Touch ‘n Go (TnG) secara rasmi melancarkan platform e-dagang miliknya sendiri yang dikenali sebagai Touch ‘n Go Shop iaitu sebuah laman dalam talian yang menghimpunkan pelbagai produk gaya hidup dan mobiliti di bawah jenama TnG.

Menerusi pelancaran ini, pengguna kini boleh membeli barangan seperti kad Touch ‘n Go, tag RFID serta pelbagai merchandise edisi terhad dan kolaborasi artis semuanya dari satu tempat secara dalam talian. Menurut TnG, platform ini dibina untuk memudahkan akses pengguna kepada produk mereka selain meningkatkan pengalaman membeli-belah secara menyeluruh.

TnG menyifatkan kedai atas talian ini bukan sekadar saluran jualan, sebaliknya sebagai ruang kurasi eksklusif di mana pengguna boleh menemui pelancaran khas, promosi istimewa dan koleksi bermusim yang unik. Sempena pelancarannya, Touch ‘n Go Shop menawarkan beberapa promosi menarik untuk tempoh terhad termasuk:

Antara produk baharu yang ditawarkan secara eksklusif di Touch ‘n Go Shop termasuk:

Semua pembelian menerusi laman web ini akan dihantar terus ke pintu rumah pelanggan bagi memberikan pengalaman beli-belah yang lebih mudah dan tanpa kerumitan. Selain daripada laman rasmi, pembeli juga masih boleh mendapatkan produk TnG melalui kedai rasmi di Shopee dan Lazada atau secara fizikal di Pusat Jualan & Servis TnG di Bangsar South dan Nu Sentral.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version