Site icon TechNave BM

TP-Link, Freshtel Internet umum kerjasama WiFi 7 Tri-Band untuk kediaman

TP-Link Malaysia memeterai kerjasama strategik dengan Freshtel Internet menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penawaran ketersambungan internet kediaman sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap rangkaian WiFi dalam rumah yang lebih stabil dan berprestasi tinggi.

Menerusi kerjasama ini, Freshtel Internet akan mengintegrasikan peranti TP-Link HB610 WiFi 7 Tri-Band Whole Home Mesh ke dalam pakej perkhidmatannya dan secara tidak langsung meletakkan syarikat itu antara penyedia perkhidmatan internet terawal di Malaysia yang menggunakan penyelesaian WiFi 7 tri-band untuk kegunaan kediaman.

TP-Link HB610 menggunakan seni bina tri-band yang merangkumi jalur tambahan 6GHz untuk mengurangkan kesesakan rangkaian dan menyokong prestasi sambungan yang lebih konsisten khususnya di kediaman dengan penggunaan berbilang peranti.

Selain ketersambungan kediaman, kerjasama ini turut membuka potensi peluasan ke persekitaran rangkaian yang diurus secara berpusat melalui platform Omada oleh TP-Link termasuk bagi kediaman berbilang unit dan sektor hospitaliti.

TP-Link dan Freshtel Internet memaklumkan kedua-dua pihak akan meneruskan kerjasama jangka panjang selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version