Site icon TechNave BM

Trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84% sepanjang wabak COVID-19, ke-4 tertinggi di dunia

Apabila berkata tentang laman web pornografi, Pornhub tentunya nama yang akan muncul dalam fikiran. Malah, sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, syarikat laman web tersebut mendapati satu corak yang menarik dalam trafik Pornhub di negara kita.

Penontonnya sudah pun mencari kata kunci seperti “Coronavirus” dan “Corona virus” dalam Pornhub sejak 25 Januari lalu. Setakat 12 Mac, Pornhub mendapati lebih 6.87 juta penonton mencari perkataan “corona” dan “covid” dalam tempoh 30 hari yang lalu manakala carian perkataan lain yang berkaitan naik sebanyak 1.5 juta pada 5 Mac.

Yang menariknya adalah, antara negara yang tertinggi dalam mencari kata kunci tentang virus tersebut adalah Malaysia yang berada dalam tempat ke-4 dengan peningkatan carian sebanyak 84 peratus.

Agak pelik mengapa ramai orang ingin mencari kata kunci tentang koronavirus dalam laman web seperti Pornhub. Selain itu, yang menarik juga adalah trafik Pornhub dalam hari yang sama pada minggu berbeza. Sebagai contoh, trafik pada Rabu 11 Mac, adalah 5.7 peratus lebih tinggi daripada Rabu 18 Mac.

Apakah pendapat anda tentang berita ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Pornhub Insights, diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version