Site icon TechNave BM

Transaksi FPX melebihi RM100 perlukan SecureTAC melalui aplikasi CIMB Clicks tidak lama lagi

Baru-baru ini, CIMB Malaysia telah mengumumkan bahawa mulai 19 Mac 2023, semua transaksi FPX melebihi RM100 memerlukan kelulusan SecureTAC. Ini selaras dengan arahan pengawal selia untuk memerangi penipuan (scam) kewangan.

Kelulusan SecureTAC akan muncul pada aplikasi CIMB Clicks dan ia dapat meminimumkan risiko penipuan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa fungsi SecureTAC masih belum tiba dalam versi awal aplikasi CIMB OCTO. Jadi buat masa ini, sebarang transaksi FPX hanya boleh diluluskan pada CIMB Clicks.

CIMB Clicks tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store serta HUAWEI AppGallery. Anda diingatkan bahawa mana-mana pihak tidak berhak untuk mengetahui atau meminta nombor TAC anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi CIMB di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: CIMB

Exit mobile version