Site icon TechNave BM

Treler Nintendo Switch Online + Expansion Pack: dapat kecaman ramai di YouTube

Lebih kurang 2 minggu lalu, video treler Expansion Pack telah dimuat naik ke saluran YouTube Nintendo. Namun, terdapat lebih kurang 104k ‘tidak suka’ akan Nintendo Switch Online Expansion Pack baharu. Jumlah ‘tidak suka’ tersebut telah mengatasi video treler Metroid Prime: Federation Force yang dulunya paling tidak disukai dengan jumlah 96k yang dimuat turun pada tahun 2015.

Expansion Pack NSO berharga $50 (~RM207) setahun, dua kali ganda kos pelan Nintendo Switch Online. Dengan harga tersebut, anda boleh mengakses pengembangan Animal Crossing (dibeli secara asing) serta 23 buah game N64 dan Sega Genesis. Pengguna turut mengadu bahawa emulasi game, prestasi dan kawalan pemetaan semakin merosot serta banyak bugs dan gangguan visual.

Ramai yang meletakkan harapan tinggi akan pelan Expansion Pack namun harganya yang mahal dan pilihan game klasik telah mendapat lebih 100k ‘tidak suka’ di saluran YouTube Nintendo seperti yang dilihat oleh VGC. Sebagai perbandingan, ia hanya mempunyai 17k jumlah ‘suka’. Begitu juga di saluran lain seperti Nintendo UK, jumlah ‘suka’ 1k tidak dapat mengatasi ‘tidak suka’ yang berjumlah 6k.

Agak ketara bahawa ramai orang tidak bersetuju dengan harga dan kualiti Expansion Pack. Walaupun GoldenEye ditambah kelak, ia masih tidak mayakinkan pengguna untuk membayar lebih $50 setahun. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Kotaku

Exit mobile version