Site icon TechNave BM

Treler pertama ‘Grand Theft Auto VI’ bakal ditayangkan pada 5 Disember ini

Salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan selepas lebih 10 tahun kini berada satu langkah sebelum dikeluarkan. Rockstar Games telah mengumumkan Grand Theft Auto 6 akan didedahkan dalam treler pada 5 Disember ini.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak diketahui bila permainan itu sendiri akan dikeluarkan. Walaupun begitu, ramai peminat teruja dan siaran Rockstar di X yang mengumumkan pelancaran treler itu telah mendapat 26 juta tontonan dalam masa kurang dari dua jam.

Sudah 10 tahun sejak Rockstar Games mengeluarkan Grand Theft Auto 5 yang merupakan permainan video kedua terlaris di belakang Minecraft yang telah terjual lebih daripada 185 juta salinan. Berkemungkinan Rockstar Games telah mengusahakan GTA 6 selama beberapa tahun tetapi mula mengesahkan permainan tersebut pada umum pada Februari 2022.

Sementara itu, Rockstar secara berasingan mengumumkan perjanjian dengan Netflix untuk membawa beberapa tajuknya pada platform permainan gergasi penstriman itu. GTA 3, Vice City dan San Andreas akan tersedia di Netflix pada 14 Disember ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version