Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menggesa Apple supaya memindahkan operasi pengeluaran iPhone untuk pasaran AS dari India ke tanah air sendiri. Gesaan tersebut dibuat ketika lawatan Trump ke Qatar baru-baru ini dengan menekankan keperluan Apple melabur semula secara besar-besaran di Amerika Syarikat.
Trump menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan peralihan pengeluaran Apple ke India terutamanya bagi model iPhone Pro. India kini menjadi lokasi utama untuk pengeluaran iPhone hasil daripada kos buruh yang rendah dan sokongan insentif daripada kerajaan negara itu.
Namun, menurut penganalisis, jika Apple memindahkan pengeluaran ke AS, kos penghasilan boleh meningkat sehingga 25%. Ini berkemungkinan besar akan menyebabkan harga iPhone melonjak, contohnya model asas yang kini dijual pada $799 mungkin meningkat ke sekitar $999, disebabkan kadar upah lebih tinggi dan kurangnya kemudahan rantaian bekalan setempat.
Trump turut mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, bersetuju untuk meningkatkan pembuatan dalam negara walaupun tiada jadual atau komitmen rasmi diumumkan setakat ini. Kebanyakan pembekal komponen Apple juga masih berpusat di Asia yang menjadikan langkah pemindahan sepenuhnya ke AS satu cabaran besar daripada segi logistik dan kos.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Investor’s Business Daily

