Site icon TechNave BM

Trump jelaskan sudah terdapat sekumpulan “orang kaya” yang ingin beli TikTok

Dalam sebuah wawancara bersama CNBC, presiden Amerika Syarikat (AS) menjelaskan bahawa beliau telah menemui sekumpulan orang kaya yang sedia untuk membeli TikTok. Walau bagaimanapun, beliau enggan menamakan kumpulan individu kaya ini secara spesifik.

Selain itu, beliau juga perlu dapatkan kelulusan daripada kerajaan China untuk memperoleh operasi TikTok. Beliau yakin bahawa presiden China, Xi Jinping, akan meluluskan urus niaga ini dalam masa dua minggu lagi.

Pada awal bulan ini, Trump telah pun beri tempoh lanjutan selama 90 hari kepada TikTok agar syarikat pemiliknya, ByteDance, boleh dijual kepada syarikat yang berpengkalan di AS. Undang-undang AS menyatakan bahawa 80% pemilikan TikTok perlu dipegang oleh pelabur AS manakala baki 20% boleh dikekalkan oleh ByteDance.

Berdasarkan tempoh lanjutan terbaru, TikTok perlu mencari syarikat yang berpengkalan di AS sebelum 17 September 2025. Ini merupakan lanjutan kali ketiga yang diberikan kepada TikTok, dalam usaha kerajaan AS untuk memiliki operasinya.

Sebelum ini, kerajaan AS sering menuduh TikTok sebagai alat perisikan yang digunakan oleh kerajaan China untuk mengintip rakyatnya. Dengan memindahkan operasi dan pemilikannya kepada syarikat yang berkpengkalan di AS, kerajaan AS berharap ia boleh mengawal sebarang ketirisan maklumat yang timbul daripada platform media sosial itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version