Site icon TechNave BM

Trump saman Facebook, Twitter dan Google, desak hak untuk menulis dalam ketiga-tiga laman web

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memfailkan saman terhadap Facebook, Twitter dan YouTube kerana telah menghalangnya daripada menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan tersebut.

Beliau mengatakan ketiga-tiga syarikat tersebut tidak mematuhi perlembagaan negara dan menghalang rakyat AS daripada menyuarakan pendapat mereka. Pertubuhan America First Policy Institute pula telah memuji Trump atas tindakan beliau menegakkan hak rakyat AS.

Beliau turut membina sebuah laman web www.TakeOnBigTech.com di mana penyokong Trump boleh menyuarakan sokongan mereka terhadap bekas presiden itu. Pada bulan Januari, Trump telah dihalang daripada menggunakan pelbagai media sosial popular kerana telah menghasut para pengikutnya untuk membuat mogok dan rusuhan dalam bangunan US Capitol.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version