Site icon TechNave BM

Trump tambah tekanan kepada HUAWEI, kini menyekat bekalan dari Intel pula

Terkini, sumber dari media luar negara melaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump telah memberi makluman kepada pihak yang membekal kepada HUAWEI bahawa beberapa lesen penjualan kepada HUAWEI dibatalkan. Lebih mengejutkan, antara salah satu syarikat pembekal adalah syarikat cip Intel.

Menurut sumber, pentadbiran Trump bukan sahaja membatalkan beberapa lesen pembekal untuk membekal kepada HUAWEI, tetapi juga menolak beberapa permohonan untuk membekal kepada HUAWEI. Tambahan sekatan ini dinyatakan oleh Jabatan Perdagangan AS yang berniat untuk menolak beberapa permohonan lesen untuk berususan dengan HUAWEI.

Namun, jurucakap dari Intel Corp dan beberapa agensi lain masih tidak memberi apa-apa maklum balas mengenai hal ini. Untuk pengetahuan anda, pentadbiran Trump bakal berakhir pada Rabu ini, disusuli dengan pentadbiran Joe Biden.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai konflik di antara AS dan HUAWEI di pautan ini.

Beritahu pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version