Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam akan mengenakan cukai import sebanyak 25% ke atas iPhone jika ia tidak dihasilkan dalam negara itu. Kenyataan tersebut dibuat melalui platform Truth Social yang menyebabkan saham Apple jatuh sebanyak 2.6% dengan kehilangan hampir 70 bilion dolar Amerika.
Trump berkata beliau telah lama memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, bahawa iPhone yang dijual di Amerika mesti dibuat di Amerika, bukan di India atau negara lain. Jika tidak, Apple perlu membayar cukai import sekurang-kurangnya 25%. Tambahnya, pengeluar lain seperti Samsung dan semua telefon pintar yang dibuat di luar negara akan dikenakan tarif yang sama, kecuali mereka membuka kilang di Amerika Syarikat.
Setakat ini, kebanyakan iPhone dihasilkan di China, namun Apple telah mula beralih ke India untuk pasaran Amerika bagi mengelak kesan perang perdagangan. Trump menyatakan bahawa selepas bertahun-tahun memberi kelonggaran kepada Apple untuk beroperasi di China, kini tiba masanya syarikat itu membina kilang di tanah air sendiri.
Penganalisis memberi amaran bahawa pembuatan iPhone di Amerika akan menelan kos yang tinggi mencecah sehingga tiga kali ganda iaitu sekitar 3,500 dolar Amerika bagi setiap unit, berbanding harga semasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
SUmber: The Guardian

