Presiden Donald Trump mengesahkan pentadbirannya akan memperkenalkan tarif import sehingga 100% ke atas cip dan semikonduktor asing kecuali jika syarikat terbabit telah melabur atau membina kilang di Amerika Syarikat.
Trump menjelaskan bahawa langkah ini akan diumumkan seawal minggu depan sebagai usaha untuk memulangkan pengeluaran cip ke tanah AS dan mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar seperti China, Korea Selatan dan Taiwan.
Syarikat seperti Apple, TSMC, Samsung, SK Hynix, Nvidia dan AMD yang mempunyai projek kilang aktif atau komitmen pelaburan di AS akan dikecualikan daripada tarif ini. Namun, Trump memberi amaran bahawa pengecualian boleh ditarik balik dan tarif akan dikenakan secara retroaktif jika syarikat gagal menepati janji.
Langkah ini menyebabkan saham SK Hynix jatuh lebih 3% sebelum pulih semula selepas diumumkan syarikat itu dikecualikan. Penganalisis menjangka harga elektronik mungkin meningkat sekiranya tarif dilaksana tanpa peralihan bersifat bertahap.
Tarif ini sebahagian daripada agenda “America First 2.0” Trump dalam penggal kedua dengan fokus untuk menjadikan AS peneraju utama dalam pengeluaran cip dan teknologi strategik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: AndroidHeadlines

