Site icon TechNave BM

TTRacing Swift X Pro edisi Deadpool & Wolverine rasmi di Malaysia, berharga RM899

TTRacing telah melancarkan kerusi permainan bertemakan filem Deadpool & Wolverine yang mula ditayangkan pada 25 Julai 2024. Seperti yang anda jangkakan, setiap kerusi menampilkan elemen reka bentuk yang diilhamkan oleh dua watak iaitu Ryan Reynolds dan Hugh Jackman.

Walaupun dipersembahkan dengan reka bentuk berbeza, kedua-dua kerusi tersebut berasaskan model Swift X Pro TTRacing yang diperkenalkan awal tahun ini. Swift X Pro menampilkan ergonomik yang dipertingkatkan pada sandaran belakang dan tapak tempat duduk, tempat letak tangan boleh laras foam padded dan sistem hidraulik Kelas 4 Tugas Berat yang diperakui SGS.

Turut disertakan ialah sandaran kepala dan bantal pinggang. Setiap kerusi menampilkan warna yang garang dan elemen reka bentuk yang diilhamkan oleh kostum yang dipakai oleh Deadpool dan Wolverine. Kedua-dua kerusi permainan Swift X Pro bertemakan Deadpool dan Wolverine berharga RM899 dan boleh didapati untuk tempahan melalui laman rasmi TTRacing.

Menurut TTRacing, kerusi edisi khas ini dijangka dihantar kepada pembeli pada 26 Ogos 2024 atau lebih awal. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version