Site icon TechNave BM

Tular video cimpanzi main dron seperti manusia, adakah permulaan Planet of the Apes?

Terkini, tular sebuah video di laman Twitter memaparkan cimpanzi yang sedang mengawal dron. Lebih menarik, rata-rata netizen memberi reaksi kagum kerana cimpanzi tersebut kelihatan seperti manusia!

Video ini ditularkan melalui @susantananda3 yang bekerja sebagai Indian Forest Service (IFS). Jika anda melihat tangan cimpanzi di dalam video, ia kelihatan seperti membuat gerakan mengawal alat kawalan dron tersebut! Lihat video di bawah dengan lebih dekat.

Tahukah anda? Menurut BBC, beza DNA cimpanzi dan manusia hanya 1.24%. Kebijaksanaan cimpanzi dewasa bersamaan dengan kanak-kanak 6 tahun. Apa pun, semestinya video ini bukan permulaan kepada penakhlukan cimpanzi di Bumi seperti filem Planet of the Apes.

Apakah pendapat anda mengenai cimpanzi yang mengawal dron ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Susanta Nanda melalui sinchew

Exit mobile version