Site icon TechNave BM

Tun Dr. Mahathir percaya Malaysia bakal menjadi negara maju menjelang tahun 2025: Pelancaran servis 5G komersial pada 2020

Persediaan Malaysia ke arah 5G berjalan dengan lancar setelah pameran teknologi 5G dijalankan pada April tahun lepas. Dengan itu, servis komersial 5G dijangka bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini seperti yang dirancang.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir percaya bahawa Malaysia akan menjadi negara maju pada 2025 berbanding 2030 jika China menggunakan teknologi komunikasi generasi ke-5 (5G) sebaik mungkin. Beliau juga meluahkan rasa kagum selepas melawat pameran selama 2 hari di Langkawi kerana beliau dapat melakukan pelbagai perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini. Teknologi 5G bukan sahaja membuatkan aplikasi sedia ada lebih lancar, tetapi meningkatkan realisasi pemanduan berautonomi dan pembedahan jarak jauh.

Selain itu, teknologi 5G juga boleh mempromosikan perkembangan inovatif, integrasi pertanian, pendidikan, bantuan perubatan, perkilangan, pengangkutan pintar, pelancongan, peluang industri baru, masyarakat dan individu. Pada tahun ini, sebanyak 100 projek spesifik telah dikenalpasti dalam pelan demonstrasi 5G dan lebih 70 di antaranya telah dilancarkan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur dan negeri lain.

Jadi, kita dijangka akan mendapat liputan komersial 5G dalam waktu terdekat. Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi tempatan terkini di TechNaveBM.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version