Site icon TechNave BM

Tune Talk umumkan ‘Influencer Championship’ untuk game CODM, MLBB dan PUBGM

Pada hari ini, Tune Talk mengumumkan Tune Talk Influencer Championship untuk memperkukuh industri e-sukan dan menyokong komuniti permainan video tempatan. Kejuaraan Influencer akan menyaksikan personaliti permainan terkenal, Master Ramen, Rose Gaming dan JanuaryAKG bertarung melalui siri game Call of Duty Mobile (CODM), Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan Players Unknown Battleground Mobile ( PUBGM).

Pendaftaran CODM telah pun ditutup, tetapi pendaftaran MLBB masih dibuka sehingga 9 Disember 2021, manakala pendaftaran PUBGM akan dibuka dari 10 – 16 Disember 2021. Anda boleh mendaftar di halaman Facebook mereka untuk bermain bersama influencer pilihan dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai RM18,000.

Tune Talk menggalakkan belia untuk #GoBeyond dan memberi inspirasi kepada golongan muda untuk meningkatkan gaya hidup mereka. Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, mengatakan Tune Talk mencari peluang untuk mengenali komuniti permainan yang berkaitan dengan bakal pelanggan mereka. 

Kejohanan Influencer Tune Talk akan disiarkan di halaman Facebook Tune Talk. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version