Site icon TechNave BM

TV Android 4K UHD siri Philips 7000 tiba di Malaysia, saiz skrin sehingga 70″ bermula RM1,799

Philips 7906 Ambilight 4K UHD LED Android TV dan Philips 7406 4K UHD LED Android TV kini boleh didapati di Malaysia. Model Ambilight siri 7906 menjadikan filem, rancangan dan sesi gaming dengan paparan yang besar dan bunyi premium Dolby Atmos untuk tontonan yang mengasyikkan. Ia tersedia dengan saiz skrin daripada 43 inci hingga 70 inci.

TV UHD Philips 4K serasi dengan semua format HDR termasuk Dolby Vision. Anda boleh bermain game di mana kedua-dua siri ini secara automatik akan bertukar kepada tetapan kependaman (latency) rendah (ALLM) dengan tindak balas paparan yang pantas. Kadar penyegaran semula boleh ubah (VRR) disokong untuk game aksi pantas, mengurangkan koyak skrin dan menyegerakkan kadar penyegaran monitor dengan kad grafik atau konsol anda. 

Semua perkhidmatan penstriman utama disokong seperti Apple TV+, Netflix, YouTube, Amazon Prime dan Disney+. Pengguna juga boleh menikmati tawaran untuk dipilih susun serta mengakses perpustakaan pembelian filem dan rancangan TV mereka di Apple.

Bezel super nipis menjadikan TV sesuai dengan hampir semua reka bentuk dalaman manakala kakinya yang langsing membuatkan skrin seolah-olah terapung di atas unit TV atau meja. Siri Philips 7906 pula kelihatan hampir bebas bezel dengan Ambilight 3 sisi mempunyai LED pintar di sekeliling penjuru TV bertindak balas kepada tindakan pada skrin.

Philips 7906 Ambilight 4K UHD LED Android TV
Philips 7406 4K UHD LED Android TV

Anda boleh dapatkan Philips 7906 Ambilight 4K UHD LED Android TV dan Philips 7406 4K UHD LED Android TV di kesemua pengedar TV Philips yang sah dengan harga di bawah:

ModelRCP (RM)Harga Promo (RM)
50PUT790629992799
55PUT790632992999
65PUT790646994299
70PUT790654994999
ModelRCP (RM)Harga Promo (RM)
43PUT740619991799
50PUT740627992599
55PUT740630992849
65PUT740642993999

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version