Site icon TechNave BM

TV BRAVIA XR miliki dua perisian terbaik untuk bermain PS5

Sony telah memperkenalkan BRAVIA XR TV yang sesuai dengan permainan PlayStation 5 untuk pengalaman grafik dan bunyi yang lebih baik. Syarikatnya akan mengeluarkan dua produk yang sesuai untuk ciri khas PS5 iaitu Auto HDR Tone Mapping dan Auto Genre Picture Mode.

Auto HDR Tone Mapping

PS5 secara automatik akan mengesan peranti TV BRAVIA XR serta membuat penetapan HDR yang terbaik. Ciri pemetaan nada (tone mapping) HDR TV membolehkah kontrasnya sentiasa tinggi mengikut grafik yang dimainkan. Contohnya,  aanda akan perasaan perbezaan beberapa perincian yang dibuat untuk trek di Gran Turismo ™ 7 sehingga anda tahu bagaimana membuat langkah seterusnya. Anda perlu menaik taraf perisian PS5 dan BRAVIA yang bakal hadir pada akhir Januari 2022.

Auto Genre Picture Mode

TV BRAVIA XR Sony adalah padanan terbaik untuk pelbagai produk audio Sony. Seperti Sistem Teater Rumah HT-A9 atau bar bunyi HT-A7000 dan HT-A5000 anda boleh menyambungkan produknya ke PS5 dan menikmati Auto HDR Tone Mapping dan fungsi eksklusif Auto Genre Picture Mode BRAVIA XR pada TV BRAVIA XR. Untuk menikmati ciri ini, anda perlu menunggu kemas kini terbaru yang bakal dilancarkan pada musim bunga 2022 (mungkin Mac).

Anda boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version