Site icon TechNave BM

TV LG DVLED bersaiz 325 inci dilancar, berharga RM7 juta

Bayangkan TV gergasi sebesar 325 inci berada di dalam rumah anda. Ya, LG telah mengeluarkan TV LED sebesar 325 inci sebagai teater rumah yang berharaga $1.7juta (~7juta)

TV tersebut dinamakan LG DVLED Home Cinema Display berukuran 108 inci dan resolusi dari 1080 hingga 8K. Ia memerlukan tiga kali ganda piksel LED (sekitar 24 juta) berbanding TV 4K biasa kerana TV tersebut menggunakan tenaga elektrik yang amat tinggi.

DVLED membawa maksud Direct View LED di mana LG mengatakan bahawa semua paparan DVLED Extreme Home Cinema dengan jenis Pakej COB LED 0.9mm menggunakan MicroLED. 0.9mm adalah untuk setiap nada piksel tetapi sekiranya anda mencari model 108 inci, ia akan menggunakan 1.2mm nada piksel. LG turut mengintegrasikan spesifikasi BTU yang kebanyakannya boleh dijumpai pada alat pemanas dan penghawa dingin.

Kami amat berharap TV LG DVLED ini dijual di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan panggung rumah ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version