Site icon TechNave BM

TV LG OLED Z1 dan OLED G1 bakal masuk Malaysia dalam masa yang terdekat, bersama TV OLED C1 48 inci

Pada bulan Januari lalu, LG telah melancarkan beberapa TV OLED mereka di acara CES 2021 termasuklah siri OLED Z1 dan siri G1. Terbaru, LG mengesahkan bahawa mereka akan membawa siri tersebut ke pasaran Malaysia.

Mengikut LG Malaysia, siri LG OLED Z1 dan OLED G1 akan dilancarkan tidak lama lagi. Tambahan lagi, siri OLED C1 yang sedia ada akan mendapat sebuah model baru bersaiz 48 inci. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pelancaran dan harga TV baru ini masih belum diberitahu.

Jadi, apa yang baru pada TV OLED dari LG ini? Seperti yang ditunjukkan di acara CES 2021, TV OLED LG ini akan dilengkapi pemproses AI Alpha 9 Gen 4 untuk prestasi yang lebih baik. Panel TV juga kini hadir dengan piksel nyala sendiri yang boleh dikawal secara individu. Ini dapat memberikan nisbah kontras, ketajaman dan paras hitam yang lebih hebat.

Untuk matlumat lanjut mengenai ciri baru TV ini, anda boleh layari laman web LG Malaysia.

Adakah anda berminat dengan TV OLED LG ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version