Site icon TechNave BM

TV OLED Huawei Vision X65 dilancarkan dengan kadar segar semula 120Hz berharga ~RM15,336

Sejak beberapa minggu ini, Huawei merupakan salah satu syarikat yang aktif dalam pasaran teknologi. Huawei kini melancarkan televisyen (TV) OLED pertama mereka, Vision X65 di China dengan harga 24999 Yuan (dianggarkan ~RM15,336).

Vision X65 hadir dengan paparan OLED 65 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR. Bukan itu sahaja, tahap kecerahannya boleh mencapai sehingga 1,000 nit. Untuk pengoptimuman paparan OLED, TV ini dilengkapi cip Honghu 898, RAM 6GB dan storan 128GB.

Untuk spesifikasi dan ciri teknologi lain, Vision X65 dihuni 14 pembesar suara dengan output sehingga 75W. Ditambah pula dengan kewujudan kamera pop-up 24MP ultra-lebar pada bahagian atas untuk memudahkan anda membuat panggilan video dan sebagainya.

TV ini mula dipasarkan di pasaran China pada 8 April 2020. Namun, kami masih tidak mendapat maklumat rasmi berkenaan pengeluarannya di pasaran Malaysia. Adakah anda bakal mendapatkan TV ini jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia unutk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version