Site icon TechNave BM

TV pintar OnePlus TV 32 inci dan 43 inci bakal dilancarkan, mungkin berharga ~RM846

Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa OnePlus bakal melancarkan OnePlus TV sekali lagi. Hal ini terbukti melalui kehadiran model TV tersebut dalam pengesahan Bluetooth SIG. Lebih menarik, TV pintar ini disertai dengan alat kawalan.

Kehadiran dua model TV adalah melalui nombor model 32HA0A00 bersaiz 32 inci dan nombor model 43FA0A00 bersaiz 43 inci di pengesahan kelulusan Bluetooth SIG. Ini bermakna pelancarannya bakal berlaku dalam masa yang terdekat.

Menurut sumber, CEO OnePlus pernah menyatakan bahawa TV pintarnya bakal hadir dengan harga yang berpatutan. Amazon India juga ada memuat naik halaman untuk pelancarannya bersama jualan dengan harga INR 1X,999. Terdapat khabar angin yang menyokong hal ini dengan menyatakan harga jangkaan OnePlus TV terkini adalah mungkin bermula pada INR 15,000 (~RM846). Namun, harga jangkaan paling tinggi adalah INR 19,999 (~RM1,129).

Untuk pengetahuan anda, OnePlus sebelum ini telah memasarkan TV pintar terdahulu di pasaran tertentu. OnePlus Q1 dan Q1 Pro dipasarkan di India dengan harga bermula pada INR 69,900 (~RM3,946).

Apa pun, kami tidak pasti jika OnePlus TV berpatutan ini bakal menjengah pasaran Malaysia atau tidak. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version