Site icon TechNave BM

TV Redmi MAX 100″ dilancar: Nisbah skrin 98.8%, resolusi 4K, kadar penyegaran tinggi dwi 120Hz berharga ~RM13,210

Redmi TV memperkenalkan produk baharu andalan mereka iaitu Redmi MAX 100 inci. Ia merupakan TV terbesar Xiaomi setakat ini yang mana rekod sebelumnya ialah Redmi MAX dengan skrin berukuran 98 inci.

Redmi MAX 100 inci mempunyai nisbah skrin 98.8%, sistem lampu latar, 1 bilion warna dalam warna asal dan ciri sensor cahaya baharu yang membolehkan ianya melaraskan kecerahan secara automatik serta kecerahan puncak juga ditingkatkan kepada 700nit.

Selain itu, Redmi MAX 100 inci juga mempunyai resolusi 4K , menyokong kadar penyegaran dwi 120Hz , gamut warna lebar meliputi 94% DCI-P3, DeltaE≈2, HDR10+, IMAX Enhanced dan Dolby Vision Atmos. Redmi MAX 100 inci juga dilengkapi dengan pembesar suara empat unit 30W.

Daripada segi prestasi, Redmi MAX 100 inci menggunakan cipset seni bina quad-core A73, memori 4GB, storan 64GB, menyokong sambungan Wi-Fi 6, FreeSync, HDMI 2.1 dan antara muka MIUI TV. Harga Redmi MAX 100 inci ialah 19,999 yuan (~RM13,210).

Kami belum menerima maklumat rasmi bilakah TV ini akan dipasarkan dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: mydrivers

Exit mobile version