Site icon TechNave BM

Twitch gantung akaun Donald Trump berikutan pelanggaran polisi pengguna

Perkhidmatan penyiaran langsung popular dalam internet, Twitch, telah menggantung akaun presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikutan tingkah laku beliau yang telah melanggari polisi gangguan dan tingkah laku pengejekan (hateful conduct and harassment policy). Perkara ini didapati apabila presiden AS itu menyiarkan video beliau mengatakan komen negatif terhadap penduduk berketurunan Mexico.

Dalam video tersebut, Trump menggunakan perkataan “hombre” dalam menghuraikan sebuah kes pecah rumah yang didiami oleh seorang wanita di mana suaminya tidak berada dalam rumah. Dalam sebuah kenyataan, Twitch mengatakan tingkah laku mengejek tidak dialu-alukan dalam perkhidmatan itu. Selari dengan polisinya, Twitch telah menggantung akaun Trump secara sementara.

Video tersebut adalah sebuah klip daripada kempen pilihan rayanya pada tahun 2016. Pasukan kempen Trump untuk pilihan raya 2020 telah menubuhkan akaun Twitch bagi presiden AS itu sejak Oktober lalu bagi menarik lebih ramai pengundi.

Sebelum ini, sebuah laman web perbincangan popular, Reddit, telah menutup subreddit The_Donald. Selain itu, sebuah ciapan Trump juga telah dipadamkan oleh Twitter berikutan teksnya yang berbaur mesej perkauman.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version