Site icon TechNave BM

Twitter akan benarkan anda untuk hadkan balasan terhadap ciapan anda

Twitter sekarang sedang memberikan penggunanya kebolehan untuk mengehadkan orang yang boleh membalas ciapan (tweet) mereka. Buat masa ini, fungsi tersebut hanya boleh diakses oleh beberapa orang sahaja di sekitar dunia.

Menurut tulisan terbaru dalam blog rasmi Twitter, pengguna boleh memilih di antara tiga tetapan:

Ciapan yang ditetapkan dengan tetapan kedua dan ketiga akan mempunyai logo Reply yang dikaburkan agar pengguna lain tahu bahawa ciapan tersebut tidak boleh dibalas oleh semua orang, namun ia masih boleh diciap semula (retweet), diciap semula dengan komen dan disuka (like).

Selain itu, Twitter juga menyusun semula cara anda untuk membaca balasan-balasan terhadap ciapan anda. Buat masa ini, kemas kini tersebut hanya terdapat dalam versi laman web dan iOS.

Beritahu kami di Facebook jika kemas kini ini akan menambah baik pengalaman Twitter anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version