Site icon TechNave BM

Twitter akan lancarkan panggilan suara dan video tidak lama lagi

Elon Musk terus mengeluarkan ciri dan cadangan baharu untuk menjadikan Twitter sebagai satu aplikasi yang mempunyai ‘segala-galanya’. Seperti yang ditulis pada akaun Twitternya, beliau akan melancarkan panggilan suara dan video pada platform ini tanpa memberikan nombor telefon anda. 

Musk tidak menyebut bila ciri itu akan dilancarkan, tetapi buat masa ini, anda boleh menikmati keupayaan untuk menghantar Direct Message yang disulitkan ke mana-mana mesej dalam suapan Twitter. Ini berguna jika anda ingin membalas mesej tertentu secara tertutup.

Banyak perubahan dan perkembangan yang telah dilakukan sejak Elon Musk mengambil alih syarikat Twitter. Adakah kesemua ciri ini cukup membantu pengguna atau mereka lebih selesa menggunakan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan lain-lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version