Site icon TechNave BM

Twitter akan menasihati anda untuk baca artikel dulu sebelum “retweet”

Twitter ingin memastikan agar platform media sosial itu tidak digunakan untuk penyebaran berita palsu, jadi syarikat itu akan memperkenalkan sebuah peringatan khas kepada pengguna jika mereka ingin berkongsi artikel melalui fungsi ciapan semula (retweet).

Sebelum menciap semula, Twitter akan menasihati pengguna untuk membaca dulu artikel secara penuh dan jangan mengharapkan pada tajuk sahaja. Twitter telah pun menguji fungsi ini sejak Jun lalu dan sambutannya agak menggalakkan.

Sebanyak 40% pengguna membaca artikel selepas melihat peringatan tersebut, peratusan pengguna yang menciap semula selepas membaca artikel meningkat sebanyak 33% dan segolongan pengguna tidak menciap semula selepas membaca artikel yang ingin dikongsi pada mulanya. Fungsi ini masih lagi dalam ujian dan Twitter tidak menggariskan tarikh spesifik untuk pengenalan fungsi ini kepada pengguna di seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version