Site icon TechNave BM

Twitter akan perkenalkan 3 warna untuk tanda “verified”

Baru-baru ini, Twitter bertindak menggantung sementara perkhidmatan langganan Twitter Blue yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan tanda pengiktirafan biru (blue verified checkmark) pada profil mereka. Perkhidmatan tersebut menyebabkan kewujudan ribuan akaun yang berpura-pura sebagai individu dan organisasi lain.

Kini, CEO Twitter Elon Musk mengatakan Twitter Blue akan dilancarkan semula pada hari Jumaat, 2 Disember 2022 dan setiap proses pengiktirafan akan disahkan secara manual oleh pekerja Twitter, supaya akaun parodi atau samaran boleh dibendung.

Selain itu, Musk juga mengatakan tanda pengiktirafan itu akan mempunyai tiga warna berbeza bagi menunjukkan jenis pemilik akaun. Warna baharu yang akan digunakan untuk tanda pengiktirafan adalah:

Di samping itu, individu yang sudah mempunyai tanda pengiktirafan biru boleh mempunyai sebuah lagi logo kecil yang menunjukkan hubungan mereka dengan sebuah organisasi, jika organisasi tersebut mengiktiraf indivitu itu.

Semua ini adalah sebahagian daripada pembaharuan drastik yang diperkenalkan oleh Musk sejak beliau mengambil alih Twitter pada bulan Oktober lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version