Site icon TechNave BM

Twitter akhirnya mengaku kalah, bakal buang Fleets tidak lama lagi

Jika anda pengguna sejati media sosial, anda pasti tahu mengenai tren ‘Stories’ yang dilaksanakan oleh hampir semua media sosial gergasi setelah ia diperkenalkan oleh Snapchat. Ada media sosial yang berjaya iaitu Facebook dan Instagram. Namun, ada yang kurang mendapat perhatian terutamanya Twitter.

Beberapa bulan yang lalu, Twitter telah melancarkan Fleets iaitu ‘Stories’ yang bakal hilang selepas 24 jam di muat naik. Namun, ia tidaklah mendapat perhatian dan sambutan yang baik. Terbaru, pihak Twitter mengatakan bahawa konsep yang dibawakan oleh Fleets ini kurang sesuai untuk platformnya dan mereka mengambil langkah untuk membuang ciri ini bermula 3 Ogos akan datang.

Twitter Fleets

Twitter juga menyatakan bahawa mereka sedang meneroka cara baru untuk membuatkan pengguna lebih seronok menggunakan platformnya. Yang menarik, beberapa ciri dari Fleets seperti format tulisan baru dan pelekat GIF akan di masukkan ke penyusun Tweet.

Adakah anda berpuas hati dengan langkah dari Twitter ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version