Site icon TechNave BM

Twitter bakal dibanjiri suara – ‘Tweet’ dalam bentuk audio kini hadir

Jika kini anda menyiarkan ciapan (tweet) di laman Twitter dalam bentuk penulisan, medium berkomunikasi dalam laman media sosial ini mungkin bakal berubah. Terkini, Twitter mengumumkan bahawa ciapan di lamannya bakal menyokong siaran audio.

Untuk pengetahuan anda, ciri sokongan audio di Twitter selama sehingga 140 saat ini hanya boleh digunakan oleh sesetengah pengguna iOS sahaja. Apa pun, ciri ini mungkin boleh digunakan oleh keseluruhan pengguna iOS dan Android pada masa akan datang. Kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaan ciri ini untuk kesemua pengguna.

Ikon audio pada pilihan siaran ciapan
Semasa rakaman audio
Halaman menunjukkan siaran rakaman suara

Sokongan audio di laman Twitter mungkin kelihatan remeh. Namun, ia juga mungkin mengubah cara penyampaian di laman tersebut. Mungkin selepas ini anda hanya membalas ciapan dengan menggunakan suara anda.

Apakah jangkaan anda terhadap fungsi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version