Site icon TechNave BM

Twitter beri amaran terhadap ciapan Trump yang mengaku diri beliau “kebal” daripada COVID-19

Twitter telah mematikan beberapa fungsi terhadap satu ciapan daripada Presiden Amerika Syarika, Donald Trump, di mana beliau menyatakan bahawa penyakit COVID-19 tidak boleh lagi menjangkiti beliau. Pada waktu ini, ciapan tersebut masih boleh dilihat, namun ia tidak boleh dibalas (Reply) atau disuka (Like).

Dalam ciapan tersebut, Trump mendakwa para doktor White House telah melepaskan beliau dengan mengatakan bahawa presiden itu sudah lali (immune) terhadap COVID-19 dan tidak boleh menyebarkannya.

Ciapan tersebut masih boleh diciap semula (retweet) namun Twitter turut memberi amaran kerana ciapan oleh Trump itu mengandungi maklumat yang salah dan palsu tentang COVID-19. Ini adalah kerana kelalian Trump terhadap COVID-19 masih tidak dipastikan, walaupun jika beliau sudah pulih daripada penyakit tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version