Site icon TechNave BM

Twitter Blue kini boleh muat naik video 60 minit, fail 2GB dan keutamaan membalas tweet

Selepas mengambil alih Twitter, Elon Musk telah berjanji bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk menjadikan platform itu lebih menarik kepada pencipta video. Hari ini, Twitter mengemas kini halaman Twitter Blue dengan memberitahu bahawa pengguna kini boleh memuat naik video selama 60 minit daripada web pada resolusi 1080p dan saiz fail 2GB.

Sebelum perubahan itu, pengguna Twitter Blue dapat memuat naik video selama 10 minit pada resolusi 1080p dengan had saiz fail 512MB. Malangnya, jika anda memuat naik daripada iOS atau Android, had ini masih terpakai. Twitter berkata bahawa ia akan mempertimbangkan untuk mengubah suai kualiti video untuk disiarkan.

Tambahan, pengguna Twitter Blue juga juga akan mendapat keutamaan dalam membalas tweet. Twitter berkata bahawa pengguna akan melihat keutamaan untuk membalas tweet daripada akaun disahkan bertanda Biru berbanding akaun lain. Ini bermakna anda akan melihat balasan oleh akaun berbayar sebelum balasan lain.

Kini, syarikat itu mengenakan bayaran $11/bulan kepada pengguna iOS dan $8/bulan kepada pengguna yang melanggan menggunakan web. Buat masa ini, muat naik video yang lebih panjang dan keutamaan dalam balasan ialah ciri pertama yang tersedia untuk pengguna berbayar selain daripada lencana pengesahan Biru.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Twitter

Exit mobile version