Site icon TechNave BM

Twitter Blue tawarkan langganan secara tahunan yang lebih murah berbanding bulanan

Buat para pengguna Twitter yang inginkan tanda calit pengiktirafan biru (blue checkmark) pada sebelah nama profil, anda boleh dapatkan langganan Twitter Blue yang baru dilancar semula pada Disember 2022. Pada mulanya ia hanya menawarkan langganan secara bulanan, namun kini Twitter memperkenalkan langganan tahunan untuk perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan dalam enam negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun. Berikut adalah senarai harga bulanan dan tahunan untuk Twitter Blue:

Secara keseluruhan, pelan tahunan adalah lebih murah berbanding pelan bulanan yang dibayar sebanyak 12 kali. Ini pastinya akan digemari buat para pengguna Twitter yang tegar dan inginkan tanda calit biru.

Buat mereka yang masih tidak mengenali Twitter Blue, ia membenarkan pelanggan untuk dapatkan tanda calit biru, keutamaan sewaktu membalas ciapan orang lain, memuat naik video dengan durasi sehingga 60 minit dan saiz 2GB, pembaca untaian (thread reader) dan kebolehan untuk menyunting ciapan.

Untuk menjadi pelanggan Twitter Blue, anda harus mempunyai akaun yang sekurang-kurangnya berusia 90 hari dan didaftarkan dengan sebuah nombor telefon.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan Twitter Blue di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version