Site icon TechNave BM

Twitter buka fungsi Spaces untuk semua pengguna, tidak kisah jumlah pengikut

Pada bulan November 2020, Twitter telah melancarkan Twitter Spaces yang menawarkan perkhidmatan perkongsian audio mirip Clubhouse namun ia hanya boleh digunakan untuk mereka yang memiliki 600 pengikut dan ke atas. Kini, Twitter telah membuka fungsi tersebut kepada semua pengguna, tidak kira berapakah jumlah pengikut mereka.

Pengguna dalam platform Android dan iOS boleh mengakses fungsi Spaces. Sebelum ini, pengguna yang mempunyai kurang daripada 600 pengikut hanya boleh menyertai Spaces sedia ada dan tidak boleh menganjurkan Spaces baru.

Sepanjang tahun ini, Twitter telah membangunkan pelbagai fungsi tambahan untuk Spaces seperti meningkatkan jumlah penganjur (co-hosts) kepada 10 orang, serta Spark Program dan Ticketed Spaces bagi membantu pencipta Spaces untuk menjana wang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi Twitter baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version