Site icon TechNave BM

Twitter ingin ubah istilah ‘programming’ yang mempunyai konotasi penindasan dan penghambaan

Beberapa jurutera pemprograman (programming) di Twitter kini sedang mengetuai usaha dalam industri teknologi untuk mengubah perkataan-perkataan dalam bahasa pemprograman yang mempunyai konotasi terhadap zaman penindasan dan penghambaan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) beberapa ratus tahun dahulu.

Perkataan seperti slave (hamba), master (tuan) dan blacklist (senarai hitam) akan ditukarkan kepada perkataan yang lebih neutral namun masih mengekalkan maksud yang sama dalam bidang pemprograman. Contoh perkataan yang ingin ditukarkan adalah seperti berikut:

Perkataan lamaPerkataan baru
WhitelistAllowlist
BlacklistDenylist
Master/slaveLeader/follower, primary/ replica atau primary/standby
GrandfatheredLegacy status
Man hoursPerson hours atau engineer hours
Dummy valuePlaceholder value atau sample value
Sanity checkQuick check, confidence check atau coherence check
GuysFolks, people, you all atau y’all
He/HisThey/their

Jurutera Twitter sudah memulakan inisiatif ini sejak Januari 2020, namun semakin rancak mendapat sambutan berikutan bantahan besar-besaran oleh rakyat AS selepas pembunuhan George Floyd. Kini usaha yang serupa diambil oleh GitHub, LinkedIn, Apple dan Google.

Jika anda adalah seorang programmer, apakah pendapat anda tentang berita ini? Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version