Site icon TechNave BM

Twitter lancarkan Fleets: Ciapan yang dipadam secara automatik selepas 24 jam

Jika Instagram, Facebook dan WhatsApp mempunyai fungsi Stories yang membolehkan pengguna untuk berkongsi kandungan yang akan dipadamkan selepas 24 jam, kini Twitter juga menawarkan fungsi yang serupa bernama Fleets. Dengan fungsi ini, pengguna kini boleh membuat ciapan, gambar dan video yang akan dipadam 24 jam selepas ia dimuat naik ke dalam profil mereka.

Twitter telah pun menguji fungsi ini di Brazil, Itali, India dan Korea Selatan, dan mereka mendapati pengguna lebih kerap memuat naik ciapan jika mereka menggunakan Fleets. Pada waktu artikel ditulis, Fleets masih belum terdapat untuk pengguna Twitter di Malaysia.

Selain fungsi baru ini, media juga melaporkan bahawa Twitter sedang mengusahakan fungsi perbincangan audio seperti yang terdapat dalam aplikasi Clubhouse.

Adakah anda ingin menggunakan Twitter Fleets secepat mungkin? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Blog rasmi Twitter

Exit mobile version