Site icon TechNave BM

Twitter lancarkan perkhidmatan #ThereIsHelp, persediaan hadapi bencana di Malaysia

Twitter melancarkan perkhidmatan pemberitahuan #ThereIsHelp untuk persediaan menghadapi bencana di Malaysia. Ini adalah untuk membantu memaparkan maklumat yang tepat pada masanya dan menghubungkan orang ramai dengan sumber sokongan yang boleh dipercayai semasa kecemasan dan krisis.

Twitter bekerjasama dengan MERCY Malaysia (@MERCYMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia (@mynadma) untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat tentang bencana yang akan dan sedang berlaku di Malaysia. Perkhidmatan ini disediakan di laman web Twitter serta aplikasinya dalam iOS dan Android.

Dato’ Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Presiden MERCY Malaysia berkata pengalaman MERCY Malaysia selama 20 tahun dan lebih telah menerima pendekatan Humanitarian-Development Nexus (HDN) yang memudahkan sinergi pelbagai disiplin yang berkesan.

Beliau turut berterima kasih kepada Twitter kerana memulakan platform komunikasi berasaskan komuniti untuk meningkatkan dan mempercepatkan penyesuaian kepada pengurangan dan pengurusan risiko bencana. 

NADMA Malaysia pula memastikan penyelarasan dan pelaksanaan tindakan di peringkat pusat, negeri serta daerah berjalan lancar dalam usaha persediaan hadapi bencana. Ini dapat mengurangkan kerosakan harta benda dan mengelakkan kemalangan nyawa seperti yang dikatakan oleh Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Timbalan Ketua Pengarah NADMA Malaysia.

Perkhidmatan pemberitahuan #ThereIsHelp Twitter menyediakan sokongan tepat pada masanya bila dan di mana ia diperlukan. Hari ini, Twitter telah melancarkan lebih 300 gesaan #ThereIsHelp dengan 41 bahasa tersedia di 106 pasaran di seluruh dunia mengenai pelbagai isu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version