Site icon TechNave BM

Twitter mungkin akan perkenalkan fungsi khas untuk ciapan lebih panjang daripada 240 aksara

Para pengguna Twitter pasti sudah biasa dengan had 240 aksara (characters) dalam setiap ciapan dan jika mereka ingin menulis informasi yang lebih panjang, ia perlu ditulis dalam bentuk bebenang (thread) yang merangkumi beberapa ciapan.

Kini, Twitter dilaporkan sedang membangunkan fungsi khas untuk tulisan yang lebih panjang dalam perkhidmatan media sosial itu tanpa bergantung kepada bebenang. Menurut penganalisa teknologi Jane Manchin Wong, Twitter akan memperkenalkan fungsi Twitter Article untuk sebarang tulisan panjang yang melebihi 240 aksara.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang fungsi ini dan ia mungkin masih lagi dalam fasa pembangunan awal. Memandangkan Twitter adalah perkhidmatan media sosial yang dikhaskan untuk blog kecil (microblogging), Twitter Article mungkin hanya akan dikhaskan untuk pengguna tertentu sahaja seperti pelanggan Twitter Blue, SuperFollow atau laman berita.

Adakah anda berminat untuk menulis karangan panjang dalam Twitter Article? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version