Site icon TechNave BM

Twitter padam kenyataan mengenai larangan pautan media sosial lain di platformnya

Dalam sebuah ciapan oleh Twitter Support, mereka menjelaskan bahawa sebarang pengiklanan untuk Facebook, Instagram, Mastodon, Truth Social, Tribel, Nostr dan Post tidak akan lagi dibenarkan dalam Twitter. Twitter memadam kenyataan tersebut kurang daripada 24 jam selepas pengenalan awal dasar itu.

Perkembangan itu berlaku sejurus selepas pemilik syarikat Elon Musk melancarkan tinjauan di Twitter meminta pendapat pengguna sama ada dia harus meletakkan jawatan sebagai ketua platform. Tinjauan itu telah pun berakhir semalam dan majoriti responden ingin beliau meletakkan jawatan.

Ciapan Twitter Support yang telah dipadam

Akaun Twitter syarikat lain, @TwitterSafety, kini menjalankan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna mengenai dasar yang menghalang penciptaan atau penggunaan akaun sedia ada untuk tujuan mengiklankan platform media sosial yang lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: CNN

Exit mobile version