Site icon TechNave BM

Twitter paparkan halaman ‘For You’ secara lalai seperti TikTok

Twitter telah mengalami banyak perubahan sejak diambil alih oleh Elon Musk. Kini, syarikat itu melaksanakan satu lagi perubahan dengan menambah fungsi yang sama seperti TikTok.

Perubahan itu dilancarkan kepada pengguna iOS terlebih dahulu di mana Twitter akan mengalih keluar butang bintang di bahagian atas sebelah kanan aplikasi. Pengguna kini mempunyai dua butang iaitu ‘Untuk Anda’ (For You) dan ‘Mengikuti’ (Following). Pengguna akan terus ke halaman For Yousebaik sahaja aplikasi dibuka. 

Butang For You berkongsi nama dan fungsi yang sama seperti TikTok. Pada asasnya, halaman akan menunjukkan tweet daripada orang yang anda ikuti diselangi dengan tweet yang platform fikir anda mungkin suka.

Sudah tentu, anda masih boleh bertukar untuk melihat tweet sahaja daripada orang yang anda ikuti dalam susunan kronologi terbalik dengan klik pada butang Following. Buat masa ini, tiada cara untuk menetapkan butang Following sebagai halaman lalai apabila membuka aplikasi Twitter.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version