Site icon TechNave BM

Twitter perkenalkan Spaces untuk Android, pesaing aplikasi audio Clubhouse

Terbaru, media sosial kegunaan ramai, Twitter telah memperkenalkan ciri pembualan audio, Spaces untuk pengguna aplikasi Android mereka. Ini memudahkan pengguna kerana aplikasi pembualan audio yang hangat waktu ini, Clubhouse hanya boleh dimuat turun oleh pengguna peranti Apple sahaja.

Kegunaan Spaces ini masih lagi dalam fasa percubaan, namun versi Beta untuk ciri ini sudah tersedia di aplikasi Android. Pengguna Twitter yang lain tidak perlu untuk memuat turun aplikasi Twitter Beta untuk memasuki sebuah perbualan yang sedia ada. Pengguna juga akan dapat melihat ciri Live Spaces di bahagian atas aplikasi Twitter.

Live Spaces

Buat masa ini, pengguna Android hanya boleh menyertai dan tidak boleh memulakan perbualan Spaces mereka, tetapi Twitter menjanjikan mereka akan menambahkan ciri ini secepat yang mungkin.

Twitter sudah mula perkenalkan Spaces sebagai satu experimen sosial pada Disember 2020 yang lalu. Ianya hanya terhad kepada kumpulan maklum balas yang kecil sahaja.

Adakah anda meminati ciri pembualan audio ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version