Site icon TechNave BM

Twitter Professional Accounts dilancar: Akaun khas untuk pemilik perniagaan dan organisasi

Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Twitter Professional Accounts bermula minggu ini, di mana pemilik akaun yang mengaktifkan ciri tersebut bakal menerima akses kepada fungsi-fungsi khas yang memudahkan pengguna untuk menyebarkan iklan atau pengaruh mereka.

Antara fungsi yang bakal diterima oleh pemilik Professional Accounts adalah Twitter Ads, Quick Promote, Advanced Profile dan fungsi-fungsi baharu untuk e-dagang. Mereka juga boleh mengaktifkan Professional Profiles di mana rupa profil mereka akan dipaparkan secara berbeza daripada pengguna Twitter biasa.

Pemilik Professional Profile akan mempunyai ruang kategori profesional (professional category) untuk menunjukkan industri yang terlibat oleh pemilik tersebut. Selain itu, ia juga mempunyai Profile Module iaitu sebuah ruang khas di mana pemilik akaun boleh menyenaraikan perkara paling utama untuk mereka.

Fungsi awal untuk Professional Profile telah pun dilancar pada bulan April, dengan pengenalan About Module, Newsletter Module dan Shop Module. Setakat ini masih tiada maklumat tentang pengenalan fungsi ini dalam Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Twitter Professional Account dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version