Site icon TechNave BM

Twitter sedang hasilkan ciri suntingan pada tweet, bolehkan pengguna betulkan kesalahan ayat

Baru-baru ini, Elon Musk telah menjadi pemegang saham terbesar Twitter malah bertanya sama ada pengguna Twitter mahukan butang suntingan. Jelas sekali, jawapan yang diterima daripada pengguna mengatakan ya dan Twitter mendedahkan bahawa pasukannya telah mengusahakan ciri ini sejak dari tahun lepas.

Jay Sullivan, Ketua Produk Pengguna Twitter berkata bahawa pasukan pembangunan telah menemui cara membina ciri suntingan pada 2021. Pasukan itu akan mula menguji di @TwitterBlue Labs dalam beberapa bulan dan Sullivan juga berkata mereka tidak mendapat idea daripada tinjauan pendapat melalui tweet yang dibuat oleh Musk.

Selain itu, dia juga meneruskan tweet tentang pendapat Twitter tentang ciri suntingan. Tidak menghairankan, ia menjadi ciri yang paling diminta selama bertahun-tahun tetapi Sullivan menjelaskan mengapa ia tidak dilaksanakan pada mulanya. Salah satu sebabnya adalah kerana ketelusan yang boleh disalahgunakan untuk mengubah rekod perbualan awam.

Dalam erti kata lain, Twitter mahu melindungi integriti perbualan. Untuk pengetahuan, @TwitterBlue Labs merupakan ruang di mana pengguna melakukan ujian dan percubaan pada ciri yang belum diumumkan.

Walaupun ia mungkin dalam fasa ujian, ini tidak bermakna kita mungkin dapat menikmati ciri tersebut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BBC

Exit mobile version