Site icon TechNave BM

Twitter sedang bangunkan lebih banyak butang reaksi, mirip Facebook

Jika anda merupakan seorang pengguna Twitter, anda pasti sudah biasa dengan butang suka (like), ciapan semula (retweet) dan balas (reply) dalam setiap ciapan jika anda ingin memberi reaksi. Kini perkhidmatan media sosial itu dilihat sedang mempelbagaikan butang interaksi agar pengguna boleh menzahirkan reaksi mereka dengan lebih jelas.

Menurut sumber, butang baru yang akan diperkenalkan adalah “Sorak (Cheer)“, “Hmm”, “Sedih (Sad)” dan “Haha”. Setakat ini ia telah pun diuji sejak beberapa minggu lalu dengan beberapa pengguna terpilih, namun masih tiada maklumat jika Twitter akan melancarkan fungsi ini kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Butang-butang baru ini nampak serupa dengan butang reaksi dalam Facebook yang terdiri daripada Suka (Like), Sangat Suka (Love), Haha, Wow, Sedih (Sad) dan Marah (Angry).

Adakah anda berminat dengan butang-butang baru dalam Twitter ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version