Site icon TechNave BM

Twitter Spaces kini boleh digunakan oleh pengguna yang mempunyai 600 pengikut ke atas

Perkhidmatan perkongsian audio kini menjadi trend internet yang paling hangat selepas Clubhouse menyediakannya buat kali pertama. Twitter telah pun menyediakan fungsi perkongsian audio bernama Twitter Spaces dan kini lebih ramai pengguna Twitter boleh menggunakan fungsi tersebut.

Twitter akhirnya telah membuka perkhidmatan Spaces kepada semua penggunanya di seluruh dunia dan pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 600 pengikut boleh menganjurkan sesi perkongsian audio dalam Spaces.

Walaupun begitu, pengedarannya mungkin agak perlahan kerana terdapat beberapa pengguna Twitter yang mempunyai pengikut lebih 600 orang namun masih tidak dapat akses kepada Spaces.

Twitter juga sedang mengusahakan fungsi Ticketed Spaces, di mana penganjur boleh menjana wang daripada perkongsian audio mereka yang eksklusif. Pengguna yang berminat untuk mendengar audio dalam Ticketed Spaces perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan akses.

Beritahu kami di Facebook jika Twitter Spaces adalah sesuatu yang anda akan gunakan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Blog

Exit mobile version