Site icon TechNave BM

Twitter tidak benarkan anda kongsi pautan Facebook dan Instagram dalam “tweet”

Perkhidmatan media sosial Twitter tidak akan membenarkan lagi sebarang bentuk perkongsian untuk beberapa media sosial yang lain dalam ciapannya.

Dalam sebuah ciapan oleh Twitter Support, mereka menjelaskan bahawa sebarang pengiklanan untuk Facebook, Instagram, Mastodon, Truth Social, Tribel, Nostr dan Post tidak akan lagi dibenarkan dalam Twitter.

Lebih spesifik lagi, Twitter akan membuang akaun pengguna yang dicipta hanya untuk mempromosikan platform media sosial tersebut.

Mastodon adalah sebuah media sosial yang mencatatkan jumlah pengguna mendadak sejak Elon Musk mengambil alih Twitter pada Oktober lalu.

Pada hari Khamis lalu, akaun Mastodon dalam Twitter (@JoinMastodon) telah dipadamkan kerana Twitter berkata akaun tersebut tidak mematuhi undang-undang penggunaan Twitter. Jika pengguna menekan sebuah pautan Mastodon dalam ciapan, Twitter akan memaparkan mesej “ia mungkin spam atau tidak selamat (potentially spammy or unsafe)“.

Dalam pada itu, Twitter turut menjelaskan bahawa mereka masih membenarkan perkongsian rentas (cross-posting) dengan media sosial yang lain. Selain itu, sebarang pautan daripada media sosial yang tidak dikecualikan seperti di atas juga masih dibenarkan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version