Site icon TechNave BM

Twitter tidak lagi tunjukkan jenis peranti yang digunakan untuk menulis “tweet”

Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter pada bulan Oktober lalu, ahli perniagaan itu memperkenalkan pelbagai pembaharuan drastik terhadap perkhidmatan media sosial tersebut seperti membenarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan tanda calit biru serta mengubah warna tanda pengiktirafan.

Kini, satu lagi pembaharuan adalah Twitter tidak akan lagi memaparkan jenis peranti yang digunakan sewaktu ciapan ditulis. Sebelum ini, pengguna boleh lihat sama ada sebuah ciapan itu ditulis daripada telefon iPhone (via Twitter for iPhone), telefon Andoird (via Twitter for Android) atau komputer (via Twitter Web App).

Seperti lain-lain pembaharuan Twitter yang diperkenalkan oleh Musk sebelum ini, ia mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna. Segolongan orang menyokong tindakan ini kerana ia mengurangkan ego yang dihasilkan daripada pengguna peranti tertentu, manakala sejumlah orang lain pula mengatakan ini adalah pembaharuan yang tidak diperlukan.

Di samping itu, Musk juga masih merancang untuk memperkenalkan beberapa fungsi baharu dalam Twitter, seperti fungsi bisu dan halang (mute and block) untuk para pelanggan Twitter Blue serta memudahkan pengguna untuk membaca ciapan oleh akaun yang diikuti sahaja.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version