Site icon TechNave BM

U Home 5G Borneo dilancar di Sabah dan Sarawak, internet 5G bermula RM58 sebulan

U Mobile baru-baru ini meluaskan pelan U Home 5G kepada Sabah dan Sarawak bagi memberi peluang kepada para pelanggan dalam dua wilayah itu untuk menikmati kelajuan internet 5G oleh U Mobile.

Seperti pakej yang ditawarkan di Semenanjung, U Home 5G Borneo menawarkan data tanpa had dengan tiada Polisi Penggunaan Adil (FUP) supaya anda boleh dapatkan internet berkelajuan tinggi pada setiap masa.

Dengan harga promosi RM58 sebulan, pelanggan boleh dapatkan U Home 5G Borneo versi SIM sahaja tanpa sebarang kontrak. Anda juga diberi peluang untuk gabungkannya dengan router bertaraf game secara percuma jika anda dapatkan kontrak 24 bulan.

Untuk mereka yang inginkan hiburan lanjut, anda boleh dapatkan pakej U Home 5G Borneo x sooka Premium pada harga RM88 sebulan. Jika anda berminat untuk dapatkan pelan ini bersama sebuah televisyen, U Mobile menawarkan pakej bersama Samsung Smart TV (bermula RM64 sebulan dengan U PayLater).

Mereka yang berminat dengan pelan ini boleh pergi ke cawangan-cawangan U Mobile dan pengedar-pengedar sah di seluruh Sabah dan Sarawak, serta secara digital melalui U Mobile eShop dan aplikasi MyUMobile. Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut mengenainya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version