Site icon TechNave BM

U Mobile ajak penggunanya untuk cuba 5G secara langsung!

Berita mengenai 5G ini sudah lama diperkatakan oleh orang ramai sejak beberapa tahun yang lepas lagi tetapi ianya masih lagi belum ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Kini, sebuah syarikat telekomunikasi kegemaran ramai, U Mobile telah melancarkan kempen mencuba 5G secara langsung yang diberi nama “Fast Forward with U Mobile 5G” di pusat membeli belah Berjaya Times Square aras LG, G dan 1 bermula hari ini, 7 September hingga 31 Disember 2020 ini.

Walaupun kad SIM 5G masih lagi belum dikeluarkan secara komersial, U Mobile telah memperuntukkan semua kad SIM penggunanya untuk bersedia dengan lebih awal. U Mobile telah berkerjasama dengan syarikat ZTE Corporation untuk melaksanakan kempen ini. Percubaan 5G ini menggunakan blok 100Mhz dari spektrum band C 3.5Ghz di atas seni bina 5G jenis NSA (Non-Stand Alone).

Buat masa kini, pengguna U Mobile dapat mencuba kelajuan rangkaian 5G menggunakan telefon tertentu sahaja dan U Mobile sedang berusaha untuk berkerjasama dengan pengilang telefon pintar supaya lebih banyak telefon 5G akan tersedia untuk para pelanggan mereka.

Senarai telefon pintar yang menyokong percubaan ini:

Sempena Fast Forward with U Mobile 5G, U Mobile turut mengadakan promosi khas di mana pelanggan yang membeli HUAWEI P40 daripada mana-mana cawangan U Mobile layak menerima jam tangan HUAWEI Band 4 (sementara stok masih ada).

Bagaimana dengan berita menarik dari U Mobile ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version