Site icon TechNave BM

U Mobile naikkan kuota data ‘hotspot’ internet sebanyak 2 kali ganda secara percuma sehingga 31 Mac

Syarikat telekomunikasi U Mobile memperkenalkan kempen The Hottest Spot yang akan meningkatkan kuota data hotspot sebanyak dua kali ganda untuk pelanggan pelan prabayar GX38 dan pelan pascabayar GX50, GX68, Unlimited HERO P99 dan Unlimited HERO P139 secara percuma bermula 19 Mac. Keputusan ini diambil selaras dengan keperluan internet yang semakin penting sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuat kuasakan.

Kempen ini akan dilaksanakan sehingga 31 Mac ini. Sementara itu, pelanggan pelan Unlimited HERO P139 dan P99 boleh mengaktifkan hubungan perkongsian (share line) data untuk S20 dengan harga RM20 sebulan dan mereka boleh berkongsi data tanpa perlu berada dalam rumah yang sama. Untuk pelanggan prabayar pula, mereka hanya perlu memperbaharui atau mengaktifkan pelan GX38 di antara 19-31 Mac untuk mendapatkan dua kali ganda data hotspot selama 30 hari.

Jika anda adalah pengguna U Mobile, boleh dapatkannya pada hari ini. Beritahu kami di Facebook jika anda layak menerima kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version